Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1915, bermula sebagai sekolah rakyat. Pengasas Sekolah ini ialah Almarhum Tengku Chik Bengkeng. Bangunan asal daripada kayu dan beratap nipah dibina di atas Lot 259 dengan keluasan tapak 4 ekar 320 depa. Guru Besar pertamanya ialah Allahyarham En. Ibrahim bin Ayob dari Perak.
Pada tahun 1946 banguan kayu telah diganti dengan 2 buah bangunan baru, berkayu gergaji dan masih beratapkan daun nipah. Tahun 1950 sekolah ini telah mendapat sebuah lagi bangunan khas untuk pelajar perempuan. Tahun 1954 sekolah ini telah ditumpangi oleh HAMZAH PRIMARY SCHOOL pada sidang petang dan pada tahun 1957 kelas tujuh telah diadakan bagi murid-murid yang telah lulus darjah 6.
|
Menjelang tahun 1960, sekolah ini semakin berkembang maju. Pada masa itu, bangunan sekolah ini bertambah menjadi tiga buah bangunan . Sebuah bangunan telah didirikan dan kemudiannya diserahkan kepada pihak sekolah ini setelah mendapat tapak dan bangunannya sendiri.
Pada tahun 1976, sebuah bangunan 2 tingkat dan sebuah kantin dibina dalam kawasan yang sama. Bangunan konkrit ini telah dirasmikan pada hari Khamis, 19 Februari 1976 oleh Yang Berhormat Dr. Mahathir bin Mohamed, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu. Pada tahun 1 Januari 1992 Sekolah Kebangsaan Machang dipecahkan kepada dua pentadbiran iaitu Sekolah Kebangsaan machang 1 dan Sekolah Kebangsaan Machang 2.
Ramai bekas murid sekolah ini telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta. . |